
JEDDAH, 14 Ogos – Eduard Spertsyan memastikan Al Ahli memulakan kempen Liga Pro Saudi dengan langkah kanan apabila jaringannya membantu kelab itu menewaskan pendatang baharu Diriyah Club 1-0, awal pagi tadi.
- Marino Pusic tampil sebagai pengendali baharu selepas dilantik tujuh hari sebelum perlawanan.
- Francisco Trincao membuat penampilan sulung bersama Al Ahli selepas menyertai dari Sporting Lisbon.
- Al Ahli datang dengan reputasi tinggi setelah menjuarai Liga Juara Asia Elit dua kali berturut-turut.
- Pusic, 54, menggantikan Matthias Jaissle, kontrak hingga 2028, berpengalaman bersama Al Jazira, FC Twente dan Shakhtar Donetsk.
Perlawanan itu turut menjadi aksi sulung pengendali baharu, Marino Pusic yang baru dilantik tujuh hari lalu, dengan Spertsyan menyumbang gol kemenangan pada minit ke-25 menerusi penampilan kompetitif pertamanya selepas berpindah daripada kelab Russia, FC Krasnodar.
Turut membuat penampilan sulung bersama kelab berpangkalan di Jeddah itu ialah pemain sayap Portugal, Francisco Trincao yang menyertai Al Ahli daripada Sporting Lisbon pada jendela perpindahan musim panas.
Al Ahli hadir dengan reputasi tinggi selepas menjuarai Liga Juara Asia Elit untuk kali kedua berturut-turut musim lalu, selain menamatkan saingan liga di tempat ketiga, lima mata di belakang juara, Al Nassr.
Pusic, 54, dilantik bagi menggantikan Matthias Jaissle dengan kontrak sehingga 2028 selepas mengendalikan kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al Jazira musim lalu.
Pengendali Bosnia itu sebelum ini turut mempunyai pengalaman mengendalikan FC Twente dan Shakhtar Donetsk. -REUTERS