Pelancong antarabangsa Malaysia cecah 28.8 juta Januari-Ogos

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 2 Oktober – Malaysia merekodkan 28.8 juta pelancong antarabangsa bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026, meningkat 1.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pencapaian mencerminkan daya tarikan berterusan Malaysia sebagai destinasi, dan kepentingan memperkukuh kerjasama pelancongan antarabangsa.
  • Platform seperti INTAC penting untuk memperluas peluang kerjasama antara pemain industri dan menggalakkan pertukaran pandangan.
  • INTAC'26 edisi kedua berlangsung hingga 4 Oktober, menghimpunkan 154 pempamer daripada 35 negara, merangkumi pelbagai segmen.

Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia, Mohd Akbal Setia berkata, pencapaian itu mencerminkan daya tarikan berterusan Malaysia sebagai destinasi pelancongan, selain mengukuhkan kepentingan kerjasama pelancongan antarabangsa.

“Prestasi positif ini mencerminkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan, selain kepentingan untuk terus memperkukuh kerjasama pelancongan antarabangsa,” katanya ketika merasmikan Pameran dan Persidangan Pelancongan, Seni dan Budaya Antarabangsa 2026 (INTAC’26) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya, platform seumpama itu penting dalam memperluas peluang kerjasama antara pemain industri, selain menggalakkan pertukaran pandangan dan penerokaan potensi kolaborasi baharu.

Memasuki edisi kedua penganjurannya, INTAC’26 berlangsung sehingga 4 Oktober dan menghimpunkan 154 pempamer dari 35 negara, merangkumi pelbagai segmen ekosistem pelancongan, seni dan budaya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.