Dua pelajar perempuan MRSM Alor Gajah dilapor hilang

Dua pelajar MRSM Alor Gajah hilang sejak 11 Ogos.

ALOR GAJAH, 14 Ogos – Polis Melaka sedang mengesan dua pelajar perempuan Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah yang dilaporkan hilang sejak 11 Ogos lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua pelajar berusia 16 tahun dikenali sebagai Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad.
  • Siti: kulit gelap, tinggi kira-kira 157 cm, berat 50 kg, terakhir dilihat memakai baju hitam; Nur Aisy: kulit cerah, pakaian gelap.
  • Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Shahrul Izwan Mohd Suffian di 017-8180106 atau mana-mana balai polis.

Kedua-dua pelajar berusia 16 tahun itu dikenali sebagai Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan kedua-dua pelajar itu daripada seorang guru pada pukul 10.46 malam, 11 Ogos lalu.

Menurutnya, Siti Nur Aaira yang beralamat di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor mempunyai ketinggian kira-kira 157 sentimeter, berat 50 kilogram dan berkulit gelap.

Dia dilaporkan kali terakhir memakai baju berwarna hitam.

Nur Aisy Humaira pula beralamat di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor dan mempunyai ketinggian serta berat yang sama, selain berkulit cerah.

Dia juga dilaporkan kali terakhir dilihat memakai pakaian berwarna gelap.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua pelajar itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Shahrul Izwan Mohd Suffian di talian 017-8180106 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.