
KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkukuh kerjasama strategik bagi meningkatkan kesedaran masyarakat serta usaha pencegahan penyalahgunaan dadah.
- Memanfaatkan capaian luas RTM melalui televisyen, radio dan media sosial untuk menyampaikan mesej pencegahan terutama ke kawasan luar bandar.
- Memperluas liputan program pencegahan, penguatkuasaan dan kesedaran awam mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.
- Melibatkan semua pihak termasuk agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti untuk bersama berganding bahu dalam usaha pencegahan dadah.
Ketua Pengarah AADK Datuk Ruslin Jusoh berkata kerjasama itu penting bagi memanfaatkan capaian luas RTM menerusi platform televisyen, radio dan media sosial, terutama dalam menyampaikan mesej pencegahan kepada masyarakat luar bandar.
Beliau turut berkata RTM juga boleh membantu memperluas liputan berkaitan program pencegahan, penguatkuasaan serta kesedaran awam mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.
“Kita mahu program-program yang melibatkan dadah ini, pencegahan dadah, penguatkuasaan dadah dan sebagainya dilibatkan oleh semua pihak.
“Bukan sahaja bergantung kepada Kementerian Dalam Negeri, bukan bergantung kepada AADK semata-mata tetapi seluruh tenaga kerja, agensi-agensi kerajaan, swasta, masyarakat, komuniti, semua sama-sama berganding,” katanya demikian selepas melakukan kunjungan hormat ke RTM hari ini.
Dalam pada itu, berkata RTM sebelum ini banyak membantu AADK menerusi liputan program termasuk Sambutan Hari Antidadah serta pelbagai inisiatif pencegahan yang dilaksanakan agensi berkenaan.
Ujarnya, kerjasama itu perlu dipertingkatkan dengan memanfaatkan platform media sosial RTM bagi memastikan mesej pencegahan dapat disampaikan kepada khalayak lebih luas dan memberi impak yang lebih besar
“Saya amat yakin dan percaya bahawa RTM boleh memainkan peranan yang amat penting dalam program-program melibatkan pencegahan dadah, kesedaran awam kerana RTM ni sudah lama bertapak
di jiwa masyarakat kita di Malaysia ini,” tambahnya.