fb fb fb fb fb

AUG 2024: Malaysia capai sasaran 35 emas menerusi Sureeya

Malaysia berjaya mencapai sasaran 35 pingat emas pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 hari ini dengan kilauan emas disumbangkan oleh atlet karate negara H. Sureeya Shankar.

MALANG (Indonesia), 5 Julai - Kem olahraga membantu kontinjen negara melepasi sasaran yang ditetapkan Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) iaitu 35 pingat emas di temasya dwitahunan itu apabila menyumbang emas ke-35 dan 36 menerus dua acara Kumite Lelaki, petang tadi.

Kilauan emas itu hadir apabila Sureeya Shankar mudah menumbangkan pencabar Thailand Calermpon Piwlaaiad 9-1 pada final dalam acara kumite bawah 60 kilogram (kg) lelaki pada saingan yang berlangsung di Universitas Islam Malang (UNISMA) di sini.

Beliau sebelum itu berjaya menewaskan atlet tuan rumah Muhammad Yusof Bintang Susanto 11-3 pada pusingan kelayakan untuk mara ke final.

Walaupun mengalami kecederaan lutut pada saingan peringkat kumpulan iaitu beberapa jam sebelum aksi final, Sureeya tetap mempamerkan satu aksi yang cukup bertenaga untuk memastikan kemenangan menjadi miliknya.

“Sangat gembira...meskipun mengalami kecederaan ringan di kaki pada saingan kelayakan tetapi menguatkan semangat untuk melangkah ke final,” katanya selepas aksi itu.

Terdahulu, Malaysia telah merangkul lima emas iaitu tiga oleh skuad olahraga menerusi kuartet 4x400 meter (m) lelaki dan wanita Mohd Rizzua Haizad Muhammad dalam acara 110m lari berpagar lelaki.

Atlet taekwondo negara, Muhammad Syafiq Zuber pula menamatkan penantian 16 tahun kontinjen negara dalam acara kyorugi di AUG selepas meraih emas acara lelaki kyorugi bawah 87 kilogram (kg) serta Mohammad Firdaus Mohd Israj dalam acara silat olahraga Putra B.

Pada edisi 2022 di Ubon Ratchathani, kontinjen negara turut melepasi sasaran awal 35 emas sebelum menutup kempen dengan 49 emas.

 

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI