
PUTRAJAYA, 16 Mei – Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kini boleh memohon pembiayaan di bawah Kemudahan Kestabilan PKS (SME SRF),bernilai RM5 bilion yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mulai 15 Mei lalu.
- PMKS layak memohon pembiayaan sehingga RM750,000 dengan kadar faedah maksimum 3.75% setahun.
- Pembiayaan disalurkan melalui 18 institusi kewangan termasuk Bank Rakyat dan SME Bank; permohonan dibuka hingga 31 Disember 2026 atau sehingga dana habis.
- SJPP menambah RM5 bilion jaminan, menjadikan jumlah dana PMKS tahun ini RM60 bilion berbanding RM50 bilion dalam Belanjawan 2026.
Dalam satu kenyataan media, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, PMKS layak memohon pembiayaan sehingga RM750,000 dengan kadar faedah maksimum 3.75 peratus setahun.
Menurut beliau, kemudahan itu disalurkan menerusi 18 institusi kewangan, termasuk Bank Rakyat dan SME Bank dengan permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2026 atau sehingga dana habis digunakan.
KUSKOP juga menggesa semua institusi kewangan terlibat mempercepat proses permohonan, kelulusan dan penyaluran pembiayaan dengan prosedur yang lebih pantas, fleksibel dan mesra PMKS.
Tambahnya, tambahan RM5 bilion jaminan oleh SJPP menjadikan keseluruhan dana PMKS tahun ini meningkat kepada RM60 bilion berbanding RM50 bilion dalam Belanjawan 2026.