Piala Agong: Kelantan Rugby sedia beri tentangan sengit kepada Johor


Ketua Pasukan Kelantan Rugby, Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi / Foto RTM

SERDANG, 18 Jun – Pasukan Kelantan Rugby bertekad memberi tentangan sengit kepada Johor pada aksi separuh akhir Liga Ragbi Piala Agong 2026 di Stadium Pasir Gudang, Johor, Sabtu ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua pasukan kata pemain sudah bersedia dari segi mental untuk menghadapi pasukan yang dianggap kuat.
  • Walaupun persediaan singkat, pasukan tetap bertekad mahu mencapai sesuatu dalam Piala Agong.
  • Kelantan mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia 45-36.

Ketua Pasukan Kelantan Rugby, Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi berkata, pemainnya sudah bersedia untuk menghadapi Johor, yang disifatkan antara pasukan kuat dalam saingan Piala Agong.

“Kita menjangkakan pertemuan ini sama ada di separuh akhir atau final, tetapi kali ini kita bertemu di separuh akhir. Dari segi mental, kita memang bersedia untuk menghadapi Johor.

“Walaupun persediaan tidak lama, kita tetap mahukan sesuatu dalam Piala Agong ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas sesi latihan pasukan Kelantan Rugby di sini pada Rabu.

Kelantan Rugby mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 45-36 dalam aksi suku akhir.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.