
KUALA LUMPUR, 18 Jun – Perikatan Nasional (PN) merombak pentadbirannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, termasuk menamatkan perkhidmatan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
- PN membuat penstrukturan semula berkuat kuasa serta-merta berdasarkan Fasal 8.3 (V), (VI) dan (VII) Perlembagaan PN.
- Datuk Dr Mohd Radzi diberhentikan sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PN dan digantikan oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.
- Datuk Seri Muhammad Sanusi yang sebelum ini Bendahari PN digantikan dengan S. Subramaniam.
- Setiausaha Agung BERSATU Datuk Seri Mohamed Azmin ditamatkan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Agung PN.
Pengerusi PN, Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan penstrukturan semula itu berkuat kuasa serta-merta berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah Fasal 8.3 (V), (VI) dan (VII) Perlembagaan PN.
Menerusi rombakan itu, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Dr. Mohd Radzi diberhentikan perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PN dan digantikan dengan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.
“Manakala Datuk Seri Muhammad Sanusi yang sebelum ini merupakan Bendahari PN pula digantikan dengan S. Subramaniam,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kenyataan itu turut memaklumkan Setiausaha Agung BERSATU Datuk Seri Mohamed Azmin, ditamatkan perkhidmatannya sebagai Timbalan Setiausaha Agung PN.
“Mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat bagi memperkukuh organisasi,” katanya.