Vantris Energy keluar status PN17 mulai 18 Jun

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Vantris Energy Berhad, yang sebelum ini dikenali sebagai Sapura Energy Berhad, menerima kelulusan Bursa Malaysia Securities untuk keluar daripada status PN17, berkuat kuasa pada 18 Jun 2026, pukul 9 pagi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Syarikat melengkapkan penstrukturan kewangan dan mencatat keuntungan dua suku tahun berturut-turut.
  • Vantris diklasifikasikan PN17 sejak Mei 2022 akibat tekanan kewangan ketara.
  • Pelan pemulihan melibatkan penstrukturan hutang, pembinaan semula modal, pelaburan baharu dan penyelesaian dengan pemiutang.
  • Pengurusan fokus mengekalkan momentum operasi, memperkukuh pendapatan, mengawal kos dan membina rekod prestasi lebih kukuh.

Kelulusan itu menjadi perkembangan penting dalam proses pemulihan syarikat, selepas Vantris Energy melengkapkan penstrukturan kewangan serta mencatat keuntungan bagi dua suku tahun berturut-turut.

Syarikat itu diklasifikasikan sebagai PN17 sejak Mei 2022 susulan tekanan kewangan yang ketara.

Sepanjang tempoh itu, kumpulan berkenaan melaksanakan pelan pemulihan yang merangkumi penstrukturan hutang, pembinaan semula modal, pelaburan baharu, penyelesaian dengan pemiutang serta usaha mengukuhkan kedudukan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Vantris Energy, Muhammad Zamri Jusoh berkata, keputusan itu memberi kelegaan kepada syarikat, namun ia bukan penamat kepada perjalanan pemulihan kumpulan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Ganesh Gunaratnam berkata, fokus syarikat kini adalah mengekalkan momentum operasi, memperkukuh pendapatan, mengawal kos dan membina rekod prestasi yang lebih kukuh.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.