
KUALA LUMPUR, 16 April -Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak berubah hari ini, walaupun adanya, momentum positif di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.
RINGKASAN BERITA AI
- Kontrak April 2026 ditutup pada US$4,868.00 setiap auns troy.
- Kontrak Mei 2026 ditutup pada US$4,887.00 setiap auns troy.
- Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 masing-masing diletakkan pada US$4,905.50 setiap auns troy.
- Jumlah dagangan sifar; kepentingan terbuka turun kepada 66 kontrak daripada 89.
Pada penutupan, kontrak bulan semerta April 2026 tidak berubah pada US$4,868.00 setiap auns troy dan kontrak Mei 2026 berjumlah US$4,887.00 setiap auns troy.
Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 semuanya mendatar pada US$4,905.50 setiap troy auns.
Jumlah dagangan adalah sifar berbanding 23 lot yang dicatatkan pada hari Rabu, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 66 kontrak daripada 89 kontrak.
Emas fizikal ditetapkan pada US$4,823.25 setiap auns troy semasa penetapan petang London Bullion Market Association, 15 April 2026. – BERNAMA