
SEPANG, 4 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Litar Rasa MADANI di Litar Antarabangsa Sepang, yang memberi peluang kepada 40 usahawan mikro tempatan memperluas pasaran sempena Gulf Air Grand Prix Bahrain 2026.
- Inisiatif KUSKOP menghimpunkan usahawan mempromosi makanan dan produk tempatan kepada pengunjung semasa penganjuran F1.
- Litar Rasa MADANI menjadi platform meningkatkan jualan melalui kehadiran pengunjung tempatan dan antarabangsa.
- Memberi pendedahan luas untuk memperkukuh penjenamaan dan membuka peluang ke pasaran baharu.
- Inisiatif memastikan manfaat ekonomi daripada acara antarabangsa seperti F1 dirasai oleh usahawan mikro tempatan.
Inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu menghimpunkan usahawan yang mengetengahkan pelbagai makanan dan produk tempatan kepada pengunjung sepanjang penganjuran perlumbaan Formula 1 (F1) itu.
Berlangsung sejak 2 Oktober dan berakhir hari ini, Litar Rasa MADANI turut menjadi platform usahawan meningkatkan jualan menerusi kehadiran pengunjung tempatan dan antarabangsa.
Selain memperkenalkan makanan dan produk tempatan, inisiatif itu memberi pendedahan lebih luas kepada usahawan bagi memperkukuh penjenamaan serta membuka peluang ke pasaran baharu.
Langkah itu turut memastikan manfaat ekonomi daripada penganjuran acara antarabangsa seperti F1 dapat dirasai golongan usahawan mikro tempatan.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Shamsul Azri Abu Bakar; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong; serta Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari.