Lapan kawasan catat IPU tidak sihat setakat 2 petang

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Oktober – Lapan kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu, setakat pukul 2.00 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Segamat dan Batu Pahat catat bacaan tertinggi 156, diikuti Kluang 153 menurut APIMS.
  • Tangkak 151, Nilai 149, Seremban 144, Samarahan 142 dan Larkin 107 turut direkodkan.
  • 57 kawasan sederhana, tiga baik; kategori IPU: 0-50 baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, 301+ berbahaya.

Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) memaklumkan bahawa Segamat di Johor mencatat bacaan tertinggi iaitu 156, diikuti Batu Pahat, Johor (156) dan Kluang, Johor (153).

“Selain itu, Tangkak, Johor (151), Nilai, Negeri Sembilan (149), Seremban, Negeri Sembilan (144), Samarahan, Sarawak (142) dan Larkin, Johor (107),” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, 57 kawasan pula merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana dan tiga kawasan mencatatkan IPU pada tahap baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 301 ke atas berbahaya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.