F1: Penonton tetap setia walaupun ditangguh akibat hujan lebat

Foto RTM

SEPANG, 4 Oktober — Lebih 100,000 penonton tidak berganjak dari Litar Antarabangsa Sepang (SIC) meskipun hujan lebat melanda, bagi menyaksikan perlumbaan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penonton di kawasan terbuka tetap bersemangat menunggu perlumbaan walaupun dibasahi hujan.
  • Perlumbaan ditangguhkan sementara akibat hujan lebat dan ribut petir; keselamatan pelumba, petugas dan penonton diutamakan.
  • Apabila bermula, jentera generasi baharu era hibrid akan berlumba dalam keadaan basah di SIC buat kali pertama musim ini.

Sebahagian penonton yang berada di kawasan terbuka tetap bersemangat meneruskan penantian walaupun terpaksa dibasahi hujan, demi menyaksikan saingan jentera F1 di litar berkenaan.

Bagaimanapun, perlumbaan terpaksa ditangguhkan sementara susulan hujan yang terlalu lebat dan ribut petir di sekitar litar.

Keadaan cuaca buruk itu menyebabkan perlumbaan belum dapat dimulakan seperti dijadualkan, dengan aspek keselamatan pelumba, petugas dan penonton menjadi keutamaan.

Apabila perlumbaan bermula, ia bakal menyaksikan jentera generasi baharu era hibrid beraksi dalam keadaan basah buat kali pertama musim ini di SIC, yang kali terakhir menjadi tuan rumah perlumbaan F1 pada 2017.

Empat kali juara dunia, Max Verstappen daripada Red Bull dijadual memulakan perlumbaan dari petak pertama, manakala juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton daripada Ferrari berada di petak kedua.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.