Niaga hadapan emas ditutup rendah, faktor rundingan damai AS-Iran

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 21 April– Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Selasa, menjejaki prestasi COMEX Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah ketika pasaran mempertimbangkan prospek rundingan damai AS-Iran selepas ketegangan berlaku pada hujung minggu lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kontrak April dan Mei 2026 susut kepada kira-kira AS$4,800 setiap auns troy pada penutup dagangan.
  • Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada sembilan lot dan kepentingan terbuka naik kepada 61 kontrak.
  • Harga emas fizikal ditetapkan pada AS$4,813.55 setiap auns troy menurut penetapan LBMA 20 April 2026.

Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan April susut kepada AS$4,799.60 setiap auns troy daripada AS$4,810.10 ketika ditutup sebelum ini, manakala Mei 2026 susut kepada AS$4,819.60 setiap auns troy daripada AS$4,830.10 sebelumnya.

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 kesemuanya pada AS$4,837.50 setiap auns troy berbanding AS$4,848.60 sebelum itu.

Jumlah dagangan mingguan naik kepada sembilan lot daripada enam lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 61 kontrak daripada 60 sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada AS$4,813.55 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 20 April, 2026. -BERNAMA