MBSB Bank perkukuh sokongan kepada PKS menerusi kempen terbaharu

Kempen terbaharu memperlihatkan keprihatinan MBSB Bank terhadap keperluan PKS

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Bermula 16 Mei hingga 31 Julai 2026, MBSB Bank menawarkan tiga pilihan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengoptimumkan dana perniagaan melalui kempen terbaharu mereka.

RINGKASAN BERITA AI
  • MBSB Bank tunjuk keprihatinan terhadap keperluan PKS dengan penempatan dana mudah, fleksibel dan bersesuaian aliran tunai perniagaan.
  • Akaun Pelaburan Berjangka-i tawarkan kadar keuntungan indikatif sehingga 3.80% untuk 12 bulan, pelaburan minimum RM5,000, kini terbuka kepada PKS.
  • Deposit Bertempoh-i sediakan kadar 3.75% setahun dengan deposit minimum RM5,000 sebagai pilihan penempatan dana stabil dan selamat.
  • Akaun Semasa-i beri sehingga 3.00% untuk baki RM50,001 ke atas; keuntungan dikira harian dan dikreditkan setiap bulan, bantu kecairan.

Kempen terbaharu itu memperlihatkan keprihatinan MBSB Bank terhadap keperluan PKS menerusi penawaran saluran penempatan dana yang mudah, fleksibel dan bersesuaian dengan aliran tunai perniagaan.

Ketua Pegawai Perbankan Komersial Kumpulan, Noor Mohamed Amin Mohamed berkata, PKS tidak mempunyai banyak peluang untuk menguruskan dana mereka melalui cara yang kompleks.

“Mereka perlukan pulangan yang sesuai dengan cara perniagaan mereka beroperasi setiap hari. Itulah yang kami cuba sediakan menerusi kempen ini, sama ada untuk baki dalam akaun semasa atau dana yang mahu ditempatkan bagi tempoh lebih panjang, kami mahu setiap ringgit dana perniagaan mereka dapat dimanfaatkan dengan lebih baik,” katanya.

MBSB Bank dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga kempen itu termasuk Akaun Pelaburan Berjangka-i yang menawarkan kadar keuntungan indikatif sehingga 3.80% bagi tempoh 12 bulan dengan pelaburan minimum RM5,000 yang kini turut dibuka kepada PKS dengan syarat penyertaan lebih mudah.

Deposit Bertempoh-i pula menyediakan kadar keuntungan 3.75% setahun dengan deposit minimum RM5,000 sebagai pilihan penempatan dana yang stabil dan selamat.

Untuk Akaun Semasa-i, kempen ini menawarkan sehingga 3.00% setahun bagi baki RM50,001 dan ke atas dengan keuntungan dikira secara harian dan dikreditkan setiap bulan, sekali gus membantu PKS memperoleh pulangan lebih baik tanpa menjejaskan kecairan dana operasi.

Kesemua produk berkenaan adalah patuh Syariah, bahkan Deposit Bertempoh-i dan Akaun Semasa-i turut dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit.

Untuk keterangan lanjut, hubungi MBSB Bank melalui talian WhatsApp di 014-9203052 (Henrisaputra Nst Yusuf) daripada Group Commercial Banking atau layari laman promosi MBSB Bank.

Tertakluk kepada terma dan syarat.