9 individu jalani khidmat masyarakat kerana buang sampah di Pulau Pinang

Foto RTM

GEORGE TOWN, 30 September – Sembilan individu diperintahkan menjalani Program Khidmat Masyarakat (PKM) selepas didapati melakukan kesalahan membuang sampah di tempat awam di Pulau Pinang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tindakan diambil kerana pengabaian tanggungjawab terhadap kebersihan dan kelestarian persekitaran, menurut Datuk Bandar MBPP.
  • MBPP mengeluarkan notis dan merujuk kes ke mahkamah; seorang lelaki didenda RM500 dan dikenakan lapan jam khidmat masyarakat.
  • PKM bagi kesalahan membuang sampah kecil mula berkuat kuasa 1 Julai 2026; hukuman sehingga 12 jam dalam tempoh enam bulan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk A Rajendran berkata, tindakan itu diambil susulan pengabaian tanggungjawab individu terhadap kebersihan dan kelestarian persekitaran.

Daripada jumlah itu, seorang wanita dan empat warga asing antara yang dikenakan perintah berkenaan.

“Setakat ini MBPP telah mengeluarkan sembilan notis perintah khidmat masyarakat dan merujuk kes terbabit ke mahkamah.

“Seorang lelaki telah didenda RM500 dan dikenakan lapan jam khidmat masyarakat,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Biasa MBPP di Dewan Bandaran MBPP, Padang Kota, George Town, hari ini.

PKM bagi kesalahan membuang sampah kecil di Pulau Pinang mula berkuat kuasa 1 Julai 2026.

Pesalah boleh dikenakan sehingga 12 jam khidmat masyarakat dalam tempoh enam bulan, termasuk kerja mengutip sampah, menyapu, mencuci serta membersihkan kawasan awam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.