
IPOH, 30 September – Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 meneruskan saingan peringkat keempat hari ini dari Meru Raya, Ipoh menuju ke Cameron Highlands sejauh 142.3 kilometer (km).
- Pelepasan peringkat disempurnakan Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin.
- Pelumba melalui Chemor, Jelapang, Kledang, Batu Gajah, Bemban, Gopeng, Kampar, Temoh, Tapah, Ringlet dan Tanah Rata.
- Pendakian ke Cameron Highlands dikategorikan Hors Catégorie dan dijangka menguji keupayaan pelumba.
Pelepasan peringkat berkenaan disempurnakan Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya.
Pelumba melalui laluan Chemor, Jelapang, Kledang, Batu Gajah, Bemban, Gopeng, Kampar, Temoh dan Tapah sebelum meneruskan saingan ke Ringlet dan Tanah Rata.
Tiga zon pecutan ditetapkan di Gopeng pada kilometer 43.4, Kampar (64.6) dan Tapah (87.4).
Cabaran utama peringkat itu adalah pendakian ke Cameron Highlands sebelum perlumbaan berakhir di Tanah Rata pada ketinggian 1,451 meter.
Pendakian berkenaan dikategorikan sebagai Hors Catégorie (HC), sekali gus dijangka menguji keupayaan pelumba terutama pada laluan terakhir menuju garisan penamat.
Perlumbaan turut dimulakan dengan zon neutral sejauh lima kilometer.