
KUALA LUMPUR, 6 Oktober – Malaysia perlu tangkas dalam menghadapi kuasa ekonomi global dengan memanfaatkan kedudukan sebagai negara perdagangan yang mempunyai jaringan luas.
- Perlu kebijaksanaan melalui keterhubungan dan keupayaan menyerap kejutan ekonomi global.
- Malaysia tidak mempunyai penampan besar seperti Amerika Syarikat, Eropah atau China, maka perlu strategi lain.
- Kepelbagaian aliran modal dan rantaian bekalan penting untuk memanfaatkan kedudukan strategik perdagangan.
- Khazanah memperkukuh pembinaan keupayaan strategik sejak dua tahun untuk meningkatkan daya tahan ekonomi.
Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berpendapat kesediaan itu perlu bagi Malaysia dengan mengatasi cabaran bukan sahaja melalui saiz, tetapi ‘kebijaksanaan’ melalui keterhubungan serta keupayaan menyerap ‘kejutan’ ekonomi global.
“Malaysia tidak mempunyai penampan seperti Amerika Syarikat, Eropah serta China yang mempunyai pasaran domestik luas serta sumber modal awam yang besar.
“Justeru, pendekatan melalui kepelbagaian antaranya aliran modal serta rantaian bekalan penting bagi Malaysia untuk memanfaatkan kedudukan strategik dalam hubungan perdagangan,”katanya.
Beliau dalam masa sama turut menyatakan Khazanah telah meningkatkan pendekatan pembinaan keupayaan yang lebih strategik sejak dua tahun lepas agar berupaya menyerap kejutan ekonomi.