
MELAKA, 6 Oktober -Melaka International Cruise Terminal Jetty (MICT) dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2027.
- 170 cerucuk telah dipasang; 134 masih dalam proses pemasangan sebelum komponen jeti berbentuk L dipasang.
- Terminal disasarkan mengendalikan kira-kira 800 ketibaan kapal persiaran setahun.
- Mampu menerima sehingga enam kapal serentak serta menyediakan kemudahan embarkasi penumpang dan CIQ bertaraf antarabangsa.
- Nilai pelaburan keseluruhan mencecah RM2 bilion dan projek dijangka mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, setakat ini 170 cerucuk besi telah dipasang, manakala 134 lagi masih dalam proses pemasangan sebelum kerja pemasangan komponen jeti berbentuk L diteruskan.
Menurutnya, terminal berkenaan disasarkan mampu mengendalikan kira-kira 800 ketibaan kapal persiaran setahun dengan nilai pelaburan keseluruhan mencecah RM2 bilion.
Projek itu turut dijangka mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan.
“Jeti ini dijangka siap pada 2027 dan akan mula beroperasi pada suku pertama 2028. Terminal ini mampu menerima sehingga enam kapal persiaran yang berlabuh pada satu-satu masa, selain menyediakan kemudahan embarkasi penumpang dan CIQ bertaraf antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek MICT di Pulau Melaka.
Mengulas lanjut, Melaka juga dijangka menerima hingga 1.6 juta penumpang kapal persiaran setahun menerusi pembangunan MICT apabila ia mula beroperasi.