KUSKOP laksana padanan perniagaan PMKS Malaysia dengan 30 syarikat Jepun


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim (dua dari kanan) menyertai lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ke Jepun selama tiga hari yang bermula pada Isnin. – Gambar Hiasan/BERNAMA

TOKYO, 11 Jun – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berjaya melaksana padanan perniagaan membabitkan beberapa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia dengan hampir 30 syarikat Jepun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Misi KUSKOP dijayakan melalui pelbagai program sepanjang lawatan rasmi Perdana Menteri ke Jepun.
  • PMKS Malaysia yang terlibat merangkumi pelbagai industri, antaranya makanan dan teknologi hijau.
  • Syarikat Jepun berpotensi menjadi pembeli dan pelabur, membantu syarikat Malaysia menembusi pasaran luar negara.

Menterinya, Steven Sim berkata, misi itu dijayakan kementeriannya melalui pelbagai program sepanjang tempoh lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun.

“PMKS Malaysia yang terlibat merangkumi pelbagai industri antaranya makanan dan teknologi hijau.

“Kesemua syarikat Jepun itu berpotensi menjadi pembeli dan pelabur kepada syarikat-syarikat Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang media di sini pada Rabu.

Jelasnya lagi, inisiatif itu merupakan nilai tambah KUSKOP dalam membantu syarikat tempatan menembusi pasaran luar negara.

Steven menyertai lawatan rasmi Perdana Menteri ke Jepun selama tiga hari yang bermula pada Isnin.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.