KUALA LUMPUR, 22 Oktober – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai.
- Lebihan mudah tunai dianggarkan RM35.23 bilion (konvensional) dan RM18.08 bilion (Islam).
- BNM menawarkan dua tender repo berbalik: RM3.0 bilion (7 hari) dan RM1.5 bilion (31 hari).
- Kemudahan repo, SBBA dan Murabahah ditawarkan dalam tempoh satu minggu, sebulan dan tiga bulan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM35.23 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam RM18.08 bilion.
Bank pusat itu akan menawarkan dua tender repo berbalik masing-masing berjumlah RM3.0 bilion untuk tempoh tujuh hari dan RM1.5 bilion selama 31 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik (SBBA) dan komoditi Murabahah Bercagar dengan tempoh matang satu minggu, sebulan dan tiga bulan.
Pada jam 4 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM39.7 bilion dan tender Murabahah semalaman sebanyak RM18.1 bilion.- BERNAMA