Hospital Tuanku Ampuan Najihah dinaik taraf

Blok tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah/Foto Bernama

KUALA PILAH, 28 April – 153.4 juta ringgit diperuntukkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam pembinaan blok tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah yang berkeluasan 4.18 ekar di Kuala Pilah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek lima tahun siap sepenuhnya dan blok tambahan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan.
  • Peningkatan kapasiti rawatan dan pengukuhan sistem kesihatan awam terutama bagi penduduk luar bandar Negeri Sembilan.
  • Fasiliti moden direka untuk perkhidmatan lebih efisien dan selesa; diadakan simulasi kecemasan menguji tahap kesiapsiagaan.

Projek yang mengambil masa lima tahun itu siap sepenuhnya dan diserahkan kepada KKM hari ini.

Ia merupakan antara usaha kerajaan persekutuan dalam memperkukuh sistem kesihatan awam serta meningkatkan kapasiti rawatan kepada rakyat khususnya penduduk luar bandar di Negeri Sembilan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, projek berkenaan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan peningkatan jumlah pesakit serta menambah baik kemudahan sedia ada.

Menurut beliau, pembinaan tersebut turut dilengkapi fasiliti moden dan direka bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat disampaikan dengan
lebih efisien dan selesa.

Beliau berkata demikian ketika sidang media majlis penyerahan Blok Tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan yang membuat penyerahan projek kepada KKM.

Dalam pada itu turut diadakan simulasi kecemasan bagi menguji tahap kesiapsiagaan hospital dalam menghadapi situasi kritikal, yang disaksikan sendiri oleh Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kerja Raya.