
MADRID, 28 April – Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner meneruskan rentak cemerlang apabila menyingkirkan wakil Britain, Cameron Norrie 6-2, 7-5 untuk menempah slot ke suku akhir Terbuka Madrid.
- Sinner melebarkan rekod 25 kemenangan berturut-turut dalam siri ATP Masters 1000, mengukuhkan statusnya sebagai pilihan utama kejohanan.
- Walaupun Madrid dalam amaran merah akibat tahap debunga tinggi, Sinner menyesuaikan diri dan kekal mengawal permainan.
- Norrie cuba servis bawah lengan yang dihujani ejekan; double fault pada permainan ke-10 beri peluang Sinner mematahkan servis dan menamatkan perlawanan.
Kemenangan itu menyaksikan Sinner melebarkan rekod kemenangan berturut-turut dalam siri ATP Masters 1000 kepada 25 perlawanan, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai pilihan utama kejohanan.
Walaupun Madrid kini berada dalam amaran merah akibat tahap debunga tertinggi yang menjejaskan persekitaran Caja Magica, Sinner dilihat tidak berdepan masalah besar untuk mengawal permainan.
“Saya hanya fokus kepada setiap mata dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan litar. Ia perlawanan yang sengit tetapi saya gembira dapat melangkah ke pusingan seterusnya,” kata pemain kelahiran Itali itu.
Sinner yang memburu gelaran sulung di Madrid memulakan set pertama dengan garang apabila hanya memerlukan 35 minit untuk mendahului Norrie yang juga merupakan pilihan ke-19 kejohanan.
Memasuki set kedua, Norrie cuba mengubah skrip perlawanan, termasuk melakukan servis bawah lengan yang mengundang ejekan daripada penonton sebelum bola tersebut tersangkut di jaring.
Norrie sempat bangkit menyamakan kedudukan 3-3, namun kesilapan berganda (double fault) pada permainan ke-10 memberi peluang buat Sinner untuk kembali mendahului perlawanan.
Sinner kekal tenang untuk mematahkan servis lawan pada kedudukan 6-5 sebelum menamatkan saingan sepenuhnya dalam tempoh satu jam 26 minit.