
KUALA LUMPUR, 16 Julai- Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan operasi menyuntik mudah tunai ke dalam sistem kewangan.
- Mudah tunai sistem konvensional meningkat kepada RM50.41 bilion daripada RM46.92 bilion pada pagi.
- Mudah tunai dana Islam mengukuh kepada RM12.94 bilion daripada RM11.91 bilion sebelumnya.
- Bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik, dua tender repo berbalik Islam murabahah komoditi bercagar dan satu tender repo berbalik Islam perjanjian jual beli balik.
- Pada 4.00 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM50.40 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM12.90 bilion untuk wang satu hari.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM50.41 bilion daripada RM46.92 bilion pada pagi, manakala mudah tunai dana Islam mengukuh kepada RM12.94 bilion daripada RM11.91 bilion sebelumnya.
Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik, dua tender repo berbalik Islam (murabahah komoditi bercagar) dan satu tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik).
Pada 4.00 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM50.40 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM12.90 bilion, kedua-duanya untuk wang satu hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.76 peratus setakat 15 Julai 2026. -BERNAMA