Jelajah Pentas Seni Johor perkasa seni budaya dan ekonomi kreatif

Datuk Mizan Yahya (dua dari kiri) menyaksikan simbolik pelancaran Jelajah PSJ 2026 dan Festival Rumpun Bugis Johor di sini, semalam.

PONTIAN, 23 Ogos – Jelajah Pentas Seni Johor (PSJ) 2026 yang dilancar semalam menjadi platform memperkasa seni, budaya dan warisan negeri itu

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkasa seni, budaya dan warisan Johor melalui platform persembahan dan pameran tempatan.
  • Menyokong sektor pelancongan dan ekonomi kreatif Johor sempena Tahun Melawat Johor dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
  • Menjadi wadah menghubungkan penggiat seni, pengusaha kraf dan usahawan kreatif serta memberi pendedahan melalui jelajah daerah.

Inisiatif itu turut menyokong sektor pelancongan dan ekonomi kreatif Johor sempena Tahun Melawat Johor serta Tahun Melawat Malaysia 2026.

Program anjuran Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp) itu memberi ruang kepada penggiat seni, pengusaha kraf dan usahawan kreatif tempatan mengetengahkan hasil serta identiti budaya daerah masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan JCorp, Datuk Mizan Yahya berkata, Pentas Seni Johor dirangka bukan sekadar sebagai program persembahan, sebaliknya sebagai wadah yang menghubungkan penggiat seni dengan komuniti kreatif dan ekonomi setempat.

Menurutnya, pendekatan itu turut membuka peluang baharu kepada bakat tempatan untuk mendapat pendedahan lebih luas.

Beliau ditemui pada Majlis Pelancaran Jelajah PSJ 2026 dan Festival Rumpun Bugis Johor di sini, semalam.

Jelajah berkenaan bermula di Pontian sebelum diteruskan ke Segamat pada September, Batu Pahat pada Oktober dan Kota Tinggi pada November.

Program itu akan berakhir di Johor Bahru pada Disember.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.