Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.3 hingga 5.4% pada 2026

Foto fail/Bernama

KUALA LUMPUR, 18 Oktober -Ekonomi Malaysia berpotensi berkembang lebih tinggi antara 5.3 hingga 5.4 peratus pada 2026, mengatasi unjuran terdahulu 5.1 peratus oleh MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertumbuhan KDNK sembilan bulan pertama 2026 mencatat 5.5 peratus, meningkat berbanding 4.8 peratus setahun sebelumnya.
  • Sektor pembuatan kukuh dengan pertumbuhan 7.5 peratus, disokong industri berorientasikan eksport terutamanya permintaan E&E.
  • Sektor perkhidmatan menyederhana, perlombongan mengecut 4.9 peratus selepas pertumbuhan tinggi sebelumnya, pertanian kembali positif.
  • Pertumbuhan disokong perbelanjaan domestik dan pelaburan berterusan tetapi berdepan risiko kos meningkat, ketegangan geopolitik, dasar perdagangan ketat dan inflasi tenaga tinggi.

Firma itu berkata, keyakinan itu susulan prestasi pertumbuhan yang lebih kukuh daripada jangkaan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Dalam nota penyelidikannya, MBSB IB berkata anggaran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 5.3 peratus yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut mengatasi konsensus pasaran dan firma itu.

Walaupun menyederhana berbanding suku sebelumnya,
pertumbuhan itu kekal berdaya tahan, menjadikan pertumbuhan ekonomi bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026 sebanyak 5.5 peratus, berbanding 4.8 peratus dalam tempoh sama tahun lalu.

Mengikut sektor, pertumbuhan pembuatan meningkat kepada 7.5 peratus pada suku ketiga berbanding 7.3 peratus pada suku sebelumnya, disokong industri berorientasikan eksport.

Sektor perkhidmatan pula berkembang 5.4 peratus, berbanding 5.9 peratus pada suku kedua, manakala sektor perlombongan dan pengkuarian menguncup 4.9 peratus selepas mencatat pertumbuhan 9.2 peratus pada suku sebelumnya.

Sektor pertanian kembali mencatat pertumbuhan positif sebanyak 1.3 peratus.

Firma itu berkata perbelanjaan domestik yang berdaya tahan, aktiviti pelaburan berterusan dan permintaan kukuh terhadap produk elektrik dan elektronik (E&E) dijangka terus menyokong pertumbuhan ekonomi.

Bagaimanapun, prospek pertumbuhan berdepan risiko daripada peningkatan kos, ketegangan geopolitik berpanjangan, dasar perdagangan yang lebih ketat serta inflasi berkaitan tenaga yang kekal tinggi.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.