fb fb fb fb fb

Transformasi digital, Malaysia wajar manfaat insentif 9 bilion Riyal Qatar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim /Foto RTM

DOHA, 14 Mei -Malaysia perlu memanfaatkan langkah Qatar yang mengumumkan untuk meneroka sektor transformasi digital melalui tawaran insentif 9 bilion Riyal Qatar.

Perdana Menteri berkata, pengumuman kerajaan Qatar itu selari dengan penumpuan Malaysia dalam bidang sama terutama berkaitan kecerdasan buatan (AI). 

"Antara tumpuan kita adalah kerjasama dengan Qatar dalam bidang AI ada dan institut penyelidikan AI akan kita hubungi dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan ambik tindakan susulan dengan Menteri Pendidikan Qatar", kata Perdana Menteri dalam sidang media di sini.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar memberitahu, kerajaan Qatar memberi jaminan, untuk terus meningkatkan lagi jumlah dagangan, pelaburan dan kerjasama yang mencatat peningkatan hampir 180 peratus pada tiga bukan pertama tahun ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD