Tiga Ahli Dewan Negara angkat sumpah senator hari ini

Tiga Ahli Dewan Negara termasuk seorang lantikan baharu mengangkat sumpah jawatan senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah (dua dari kiri)/ JAPEN

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Tiga Ahli Dewan Negara termasuk seorang lantikan baharu mengangkat sumpah jawatan senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Datuk Seri Prof Dr Noor Inayah Ya’akub dilantik senator baharu; beliau Ketua Pegawai Eksekutif dan Naib Canselor UniMAIWP.
  • Hussin Ismail dan Dr RA Lingeshwaran dilantik semula melalui DUN Terengganu dan DUN Pulau Pinang.
  • Tempoh perkhidmatan Noor dan Dr RA Lingeshwaran 14 Mei 2026 hingga 13 Mei 2029; Hussin bermula 23 April hingga 22 April 2029.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Naib Canselor Universiti Antarabangsa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (UniMAIWP) Datuk Seri Profesor Dr Noor Inayah Ya’akub merupakan lantikan baharu.

Sementara itu, dua Ahli Dewan Negara dilantik semula ialah Hussin Ismail dan Dr RA Lingeshwaran yang dipilih semula masing-masing menerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu serta DUN Pulau Pinang.

Menurut Datuk Awang Bemee, Datuk Seri Profesor Dr Noor Inayah dan Dr RA Lingeshwaran yang dipilih menerusi DUN Pulau Pinang akan berkhidmat bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 14 Mei 2026 sehingga 13 Mei 2029.

Sementara itu pelantikan Hussin dipilih menerusi Dun Terengganu berkuat kuasa 23 April hingga 22 April 2029.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.