Tangani kegiatan buli dan dera, TDM laksana langkah mitigasi serta pemantauan ketat

Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 205 Tahun 2025 di Port Dickson / Foto Tentera Darat Malaysia

PORT DICKSON, 18 Mei -Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan langkah mitigasi termasuk pemantauan berterusan bagi menangani sebarang bentuk kegiatan buli atau penderaan dalam kalangan anggota dan pelatih di institusi ketenteraan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menubuhkan jawatankuasa pemantau holistik untuk kenal pasti kelemahan dan laksanakan penambahbaikan.
  • Penambahbaikan sistem aduan dalaman bagi memastikan kebajikan anggota sentiasa terpelihara.
  • Pelan tindakan jangka pendek bersama ketiga cabang perkhidmatan mengamalkan dasar sifar toleransi.
  • Langkah segera memberi penerangan tentang definisi buli serta alternatif tindakan profesional kepada anggota.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman berkata, penambahbaikan turut dilakukan pada sistem aduan dalaman agar kebajikan anggota sentiasa terpelihara.

“Untuk langkah jangka panjang, kita menubuhkan satu jawatankuasa yang memantau dan melihat secara holistik serta secara mikro kelemahan-kelemahan yang ada. Ruang yang dikenalpasti akan dibuat penambahbaikan untuk menangani masalah ini,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 205 tahun 2025 di Port Dickson.

Menurutnya, TDM bersama ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia juga telah melaksanakan pelan tindakan jangka pendek bagi menangani isu berkenaan dalam mengamalkan dasar sifar toleransi terhadap perbuatan buli dan dera.

Antara langkah segera termasuk memberi penerangan serta pemahaman kepada anggota berkaitan definisi buli dan penderaan selain alternatif tindakan yang lebih profesional.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 41 pegawai dan anggota telah ditamatkan perkhidmatan antara tahun 2019 hingga pertengahan 2025 kerana terbabit dalam kes penderaan anggota bawahan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.