fb fb fb fb fb

Seorang maut dalam kemalangan libatkan tiga lori

Foto Facebook JBPM

SLIM RIVER, 17 Mei - Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan yang membabitkan tiga buah lori di kilometer 376.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Slim River awal pagi tadi (Jumaat).

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 4.40 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dengan dibantu BBP Bidor digerakkan ke lokasi kejadian.

Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit pada lori muatan ayam telah dijalankan pihak bomba dan mangsa disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Manakala dua pemandu lori lagi hanya mengalami cedera ringan.

Sementara itu, PLUS Malaysia menerusi twitter PlusTrafik memaklumkan insiden tersebut telah menyebabkan aliran trafik perlahan sepanjang 2 kilometer.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD