
KUALA LUMPUR , 26 Julai – Kejayaan Mohamad Aniq menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow mendapat penghargaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Perdana Menteri menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian membanggakan yang mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
- Ucapan beliau dikongsi menerusi hantaran di media sosial.
- Beliau berharap kejayaan Mohamad Aniq menjadi pembakar semangat atlet lain untuk terus memburu kejayaan dan pingat.
- Beliau berkata doa seluruh rakyat Malaysia sentiasa mengiringi perjuangan kontinjen negara di temasya sukan berkenaan.
Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Anwar menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian membanggakan yang sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Beliau turut berharap kejayaan Mohamad Aniq menjadi pembakar semangat kepada atlet negara yang masih beraksi di Sukan Komanwel Glasgow untuk terus memburu kejayaan dan menghadiahkan lebih banyak pingat kepada Malaysia.
Dalam hantaran sama, Datuk Seri Anwar berkata doa seluruh rakyat Malaysia sentiasa mengiringi perjuangan kontinjen negara dalam mengharumkan nama negara di temasya sukan berkenaan.