fb fb fb fb fb

Rasionalisasi subsidi petrol RON95 tidak akan dilaksana dalam masa terdekat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 2 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan belum ada kertas dasar dibawa ke Kabinet bagi tujuan rasionalisasi subsidi dilaksanakan ke atas petrol RON95.

Anwar berkata, jangkaan penyasaran semula subsidi bagi tujuan itu tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Belum ada kertas dasar yang boleh membawa kita untuk melaksanakannya dengan cepat. Ada kajian dari dahulu, tetapi kita fikir lebih baik lihat dahulu langkah ke atas elektrik dan diesel, lihat dahulu kesannya dan bagaimana reaksi rakyat, barulah kita sedia berunding apakah keperluannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari di Dewan Rakyat, di sini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN