RM2.8 juta peruntukan tambahan diluluskan baik pulih institusi pendidikan Islam di Kedah

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

PENDANG, 26 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM2.8 juta bagi tahun ini untuk membaik pulih infrastruktur asas di 14 institusi pendidikan Islam di seluruh Kedah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan diluluskan untuk membaik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam bagi keselesaan dan keselamatan pelajar.
  • RM250,000 diperuntukkan kepada Mujamma' Ibnu Sunni Al-Talaqqi untuk Program Khatam Hadis Sunan Sittah dan Musthola Hadis.
  • Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU JPM Kedah menyelaras peruntukan bagi memperkasa pengajian dan kefahaman ilmu hadis.
  • Majlis disertai lebih 1,500 peserta dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Hasan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata peruntukan tersebut adalah bagi memastikan para pelajar dapat menuntut ilmu dalam persekitaran yang lebih selesa dan selamat.

“Kita sudah mula memberikan peruntukan kepada sekolah-sekolah pondok. Pada tahun ini sahaja, Kedah menerima tambahan RM2.8 juta.

“Manakala RM250,000 diperuntukkan kepada Mujamma’ Ibnu Sunni Al-Talaqqi, Pendang, bagi Program Khatam Hadis Sunan Sittah serta Musthola Hadis dalam usaha memperkasa pengajian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Sebarkan Salam dan Pendang Berselawat Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Institusi Pendidikan Pondok Mujamma’ Ibnu Sunni Al- Talaqqi (MUSHTAQ) di sini.

Kedua-dua peruntukan itu akan diselaraskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri ICU JPM Negeri Kedah sebagai usaha memperkasa pengajian dan kefahaman ilmu hadis dalam kalangan masyarakat.

Majlis yang disertai lebih 1,500 peserta itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.