Projek rintis agenda menua dijangka dimulakan tahun depan

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 1 Ogos – Kementerian Ekonomi sedang mengenal pasti projek rintis khas berkaitan agenda menua yang dijangka dilaksanakan, tahun hadapan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif bertujuan menyelesaikan cabaran di negeri dengan lebih 7% penduduk berumur 65 tahun ke atas.
  • Menurut laporan Jabatan Perangkaan, 12 negeri dikenal pasti mencapai status negeri menua.
  • Penyelesaian terhadap cabaran memerlukan pendekatan menyeluruh dan koordinasi antara agensi dan pihak berkepentingan.
  • Komitmen perlu melibatkan sektor swasta dan masyarakat selain agensi kerajaan, menurut kenyataan semasa program komuniti.

Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, inisiatif itu bertujuan menyelesaikan cabaran di negeri-negeri yang mempunyai lebih 7 peratus penduduk berumur 65 tahun ke atas daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Ia susulan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengenai 12 negeri yang dikenal pasti mencapai status negeri menua.

Menurut beliau, penyelesaian kepada cabaran itu memerlukan pendekatan yang menyeluruh.

“Kerana komitmen itu bukan hanya terletak pada agensi-agensi kerajaan, tetapi pemahaman dan komitmen itu juga turut melibatkan sektor swasta dan masyarakat sendiri,” katanya semasa Program MADANI Kita Bersama Komuniti Stulang di sini, hari ini.

Mengikut perangkaan, Perak merekodkan komposisi penduduk warga emas tertinggi iaitu 10.8 peratus, sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai negeri dengan populasi paling berusia, diikuti Sarawak dan Kedah, masing-masing 9.7 peratus.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.