Prinsip Rukun Negara perkukuh perpaduan dan keharmonian negara – JAKIM

Malaysia terus kekal aman di bawah naungan institusi Raja Berperlembagaan serta Islam sebagai agama Persekutuan /Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 23 Mei – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjunjung tinggi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan keprihatinan terhadap penghayatan prinsip Rukun Negara sebagai asas penting dalam memperkukuh perpaduan rakyat serta memelihara keharmonian negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rukun Negara selari dengan tuntutan Islam, menekankan perpaduan, saling menghormati dan keamanan masyarakat.
  • Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara serta Kesopanan dan Kesusilaan perlu dipupuk dalam kalangan generasi muda.
  • Rakyat diminta memelihara perpaduan, mengutamakan adab pertuturan serta tindakan dan mengelakkan provokasi yang menggugat ketenteraman awam.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, semangat yang terkandung dalam Rukun Negara amat selari dengan tuntutan Islam yang menitikberatkan perpaduan, saling menghormati dan keamanan masyarakat.

Menurut beliau, prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara serta Kesopanan dan Kesusilaan perlu terus dipupuk dan diperkukuh dalam kehidupan bermasyarakat, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata, rakyat perlu sentiasa memelihara nilai perpaduan, mengutamakan adab dalam pertuturan dan tindakan serta mengelakkan sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak agar bersama-sama menghayati semangat Rukun Negara dan menjadikannya panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, harmoni dan saling menghormati.

Beliau turut mendoakan agar Malaysia terus kekal aman, stabil dan dirahmati Allah SWT di bawah naungan institusi Raja Berperlembagaan serta Islam sebagai agama Persekutuan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.