fb fb fb fb fb

Persatuan kesihatan cadang perkasa pelaksanaan akta rokok

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU, 29 September - Beberapa cadangan akan dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memperkasa pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam, Akta 852.

Presiden Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia Mohd Ruhaizie Riyadzi berkata, cadangan itu mampu menyokong pelaksanaan penguatkuasaan akta secara cekap dan efisien.

Antaranya menambah keperluan anggota penguatkuasa, melaksanakan sistem pengeluaran notis tawaran kompaun secara elektronik, serta menambah baik imej anggota melalui pembaharuan pakaian seragam yang lebih berintegriti.

Cadangan tersebut disuarakan Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia dan Malaysian Environmental Health Officer & Asst Officer Association, Myenvheat.

Akta yang baru diluluskan Parlimen itu dijangka dikuatkuasakan awal bulan depan.

"Kalau ikut dari segi rakyat Malaysia nie boleh katakan dari segi normalnya memang kita bukanlah negara perokok...perokok senang cerita macam golongan minoriti dan kalau kita lihat daripada tahun lepas statistik kita punya tinjauan kebangsaan Kesihatan dan Mobiliti sendiri pun kita dapati tahap merokok dah berkurangan daripada tahun 2019 berbanding tahun lepas cuma kita bimbang sekarang ini dia sebenarnya bukan disebabkan beehenti merokok tapi kita risau pertukaran daripada merokok kepada tabiat vape," katanya selepas menyempurnakan Program Ride Ukhwah 2024 di Pasar Payang Kuala terengganu pada Sabtu.

Penganjurannya adalah sebahagian daripada usaha menyokong Akta itu dalam melindungi kesihatan awam rakyat daripada bahaya asap rokok pasif.

Sepanjang lebih seribu kilometer merentasi enam negeri, beberapa siri hebahan, penerangan, dan pengedaran risalah mengenai akta itu diadakan di setiap persinggahan.

GRACE AISYAH KEDAYAN