SARA diperluas ke pasar tani buka peluang tingkat pendapatan usahawan

Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 13 Oktober – Peluasan penggunaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi pembelian barangan basah dan segar di pasar tani dijangka meningkatkan jualan serta pendapatan usahawan tani, selain memudahkan rakyat mendapatkan barangan keperluan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif diumumkan dalam Belanjawan MADANI 2027 meluaskan SARA ke 216 pasar tani di seluruh negara.
  • Peruntukan KPKM dinaikkan kepada RM6.92 bilion bagi memperkukuh keterjaminan makanan dan kesejahteraan pengusaha agromakanan.
  • Di Terengganu terdapat 11 lokasi pasar tani melibatkan lebih 500 peniaga, FAMA mahu tambah lokasi dengan peruntukan pembangunan.
  • FAMA Terengganu menunggu ketetapan kaedah pelaksanaan supaya manfaat dapat dinikmati pengguna dan usahawan tempatan tahun depan.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu, Muhammad Fadlee Hassan berkata inisiatif menerusi Belanjawan MADANI 2027 itu memberi manfaat kepada pengguna dan peniaga.

“Kalau kita tengok peluasan SARA ini kepada pasar tani memang memudahkan rakyat untuk menikmati manfaatnya di mana-mana tempat. Manfaat juga kepada usahawan kita sendiri, bermakna memberi salah satu peningkatan pendapatan kepada usahawan apabila rakyat membeli daripada mereka di pasar tani,” katanya demikian ketika mengulas peluasan penggunaan SARA ke 216 pasar tani atau tamu di seluruh negara yang diumumkan menerusi pembentangan Belanjawan MADANI 2027 pada Jumaat lepas.

Menurutnya, langkah itu selari dengan peningkatan peruntukan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kepada RM6.92 bilion bagi memperkukuh keterjaminan makanan negara serta meningkatkan kesejahteraan pengusaha sektor agromakanan.

Jelasnya,Di Terengganu, terdapat 11 lokasi pasar tani yang melibatkan lebih 500 peniaga.

Sehubungan itu, beliau berharap peruntukan pembangunan dapat ditambah bagi membolehkan lebih banyak lokasi pasar tani diwujudkan di negeri berkenaan.

beliau berkata FAMA Terengganu kini menunggu ketetapan mengenai kaedah pelaksanaan inisiatif itu sebelum manfaatnya dapat dinikmati sepenuhnya oleh pengguna dan usahawan tempatan tahun depan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.