Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Miri Sentral

Foto Polis

MIRI, 06 Oktober -Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di kawasan Miri Sentral, berhampiran SL Cafe, Ahad lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian dilaporkan kira-kira pukul 6.30 pagi.
  • Mangsa, 56 tahun, dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan lurus menuju ke Jalan Cahaya.
  • Motosikal masuk ke laluan bertentangan lalu terbabas dan terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira 1.5 meter.
  • Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pembantu Perubatan Hospital Miri.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, 56 tahun dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan lurus dari arah Miri Sentral menuju ke Jalan Cahaya.

“Motosikal berkenaan kemudian masuk ke laluan bertentangan lalu terbabas dan terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira 1.5 meter,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pembantu Perubatan Hospital Miri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Nor Afifah Nordin di talian 019-5264640 atau 085-430479, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.