Pencapaian mahasiswa UniSIRAJ meningkat lebih lapan kali ganda

Foto RTM

UZBEKISTAN, 6 Oktober -Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) terus memperlihatkan perkembangan positif dalam kecemerlangan mahasiswa apabila
jumlah pencapaian meningkat lebih lapan kali ganda daripada empat pada tahun 2023 kepada 33 pencapaian pada tahun 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pencapaian meningkat ketara pada 2024: 22 pencapaian, iaitu peningkatan 450 peratus berbanding tahun sebelumnya.
  • Momentum kecemerlangan berterusan pada 2025 dengan 11 pencapaian di peringkat antarabangsa.
  • Titah Raja Muda Perlis menzahirkan perkembangan positif dalam kecemerlangan, daya saing dan keterlibatan mahasiswa UniSIRAJ.
  • Canselor mengadakan kunjungan ke State Museum of the Temurids di Tashkent, diiringi Raja Puan Muda dan anakanda puteri kedua.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor bertitah, peningkatan tersebut mencerminkan perkembangan positif dalam aspek kecemerlangan, daya saing serta keterlibatan mahasiswa UniSIRAJ yang dimiliki MAIPs di peringkat yang lebih luas.

Pada tahun 2023, UniSIRAJ merekodkan empat pencapaian mahasiswa yang kesemuanya berada di peringkat negeri.

“Jumlah tersebut meningkat dengan ketara kepada 22 pencapaian pada tahun 2024, merangkumi peringkat antarabangsa, kebangsaan dan negeri, iaitu peningkatan sebanyak 450 peratus berbanding tahun sebelumnya .

“Momentum kecemerlangan tersebut terus diperkukuh pada tahun 2025 apabila jumlah pencapaian meningkat kepada 33, termasuk 11 pencapaian di peringkat antarabangsa,” Baginda bertitah semasa mengadakan kunjungan ke State Museum of the Temurids di pusat bandar Tashkent, Uzbekistan.

State Museum of the Temurids merupakan antara institusi warisan utama Uzbekistan yang memfokuskan sejarah pemerintahan Amir Timur dan Dinasti Timurid, selain menempatkan lebih lima ribu artifak bersejarah.

Turut berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda puteri kedua, Hajah Sharifah Farah
Adriana Jamalullail.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.