JPS Johor perkukuh sistem saliran

Gambar fail

JOHOR BAHRU, 6 Oktober -Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor memperkukuh sistem saliran bagi mengurangkan risiko banjir berulang, di Kampung Pasir, Johor Bahru.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pam banjir kapasiti 280 liter per saat dipindahkan dari Sungai Chat untuk mempercepatkan pelepasan air dan sokongan pengepaman semasa hujan lebat.
  • Pemuliharaan Parit Pinjam sepanjang 1,950 meter sedang dijalankan dan dijangka siap pada akhir bulan ini.
  • Projek Saliran Mesra Alam dijangka siap November, menyumbang kepada peningkatan sistem saliran secara menyeluruh.

Exco Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, usaha itu melibatkan penempatan semula pam banjir kapasiti 280 liter per-saat dari Sungai Chat ke Kampung Pasir, pada minggu lalu.

“Kemudahan itu mempercepatkan pelepasan air ketika saliran memerlukan sokongan pengepaman, sekali gus meningkatkan keupayaan sistem menghadapi hujan lebat,” katanya.

Sementara itu, kerja pemuliharaan Parit Pinjam Kampung Pasir sepanjang seribu 950 meter sedang dilaksanakan, dan dijangka siap pada akhir bulan ini.

Projek Saliran Mesra Alam Kampung Pasir pula, dijangka siap pada November ini, menyumbang usaha menambahbaik sistem saliran secara menyeluruh.

Banjir yang berlaku pada akhir bulan lalu, menjejaskan 200 rumah dan 1,000 penduduk di lokasi terlibat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.