Operasi BNM kekal stabil kadar antara bank

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebihan mudah tunai dianggarkan RM38.09 bilion (konvensional) dan RM29.24 bilion (Islam) dalam sistem perbankan.
  • BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik: RM7.0 bilion (7 hari), RM2.0 bilion (32 hari) dan RM500 juta (94 hari).
  • Dua tender repo berbalik Islam RM100 juta (7 dan 32 hari); kemudahan repo, jual-beli balik dan Murabahah tersedia minggu, bulan dan tiga bulan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM38.09 bilion dalam pasaran konvensional dan RM29.24 bilion dalam pasaran wang Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM7.0 bilion untuk tujuh hari, tender bernilai RM2.0 bilion untuk 32 hari dan tender bernilai RM500 juta untuk 94 hari.

Bank pusat akan turut menjalankan dua tender repo berbalik Islam (Murabahah Komoditi Bercagar), masing-masing bernilai RM100 juta untuk tujuh hari dan RM100 juta untuk 32 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM51.6 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM31.7 bilion.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.