Jualan perdagangan borong dan runcit meningkat 10.5 peratus pada Ogos 2026

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 9 Oktober -Perdagangan borong dan runcit Malaysia merekodkan nilai jualan RM173 bilion pada Ogos 2026, meningkat 10.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdagangan borong meningkat 16.5 peratus kepada RM81.2 bilion, disokong jualan produk petroleum termasuk petrol, diesel dan LPG.
  • Perdagangan runcit naik 6.5 peratus kepada RM71.7 bilion, dipacu pasar raya, gedung serbaneka serta permintaan barangan farmaseutikal dan perubatan.
  • Subsektor kenderaan bermotor meningkat 2.5 peratus kepada RM20.1 bilion, disokong jualan komponen, aksesori serta perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan.
  • Volum perdagangan borong dan runcit berkembang 3.6 peratus tahun ke tahun; borong 4.0, runcit 3.8, kenderaan 1.5 peratus. Bulanan turun 0.5 peratus.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pertumbuhan itu disokong oleh peningkatan jualan dalam ketiga-tiga subsektor, dengan perdagangan borong menjadi penyumbang utama.

Perdagangan borong mencatatkan pertumbuhan 16.5 peratus kepada RM81.2 bilion, didorong peningkatan jualan produk petroleum termasuk petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

Prestasi itu turut disokong permintaan terhadap barangan farmaseutikal, produk makanan serta minyak sawit.
Sementara itu, perdagangan runcit meningkat 6.5 peratus kepada RM71.7 bilion, dipacu jualan di pasar raya, gedung serbaneka serta permintaan terhadap barangan farmaseutikal dan perubatan.

Subsektor kenderaan bermotor pula mencatatkan peningkatan 2.5 peratus kepada RM20.1 bilion, disokong pertumbuhan jualan komponen dan aksesori kenderaan serta perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan.

Dalam perkembangan berkaitan, indeks jualan runcit dalam talian meningkat 6.7 peratus tahun ke tahun, berbanding 7.4 peratus pada Julai 2026.

Dari segi volum, perdagangan borong dan runcit berkembang 3.6 peratus tahun ke tahun, diterajui perdagangan borong sebanyak 4.0 peratus, diikuti perdagangan runcit 3.8 peratus dan kenderaan bermotor 1.5 peratus.

Bagaimanapun, secara bulanan, indeks volum mencatatkan penurunan marginal sebanyak 0.5 peratus.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.