
MELAKA, 9 Oktober – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Negeri Melaka yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan kepada satu tarikh yang bakal dimaklumkan kelak.
RINGKASAN BERITA AI
- Peningkatan Indeks Pencemar Udara (IPU) ke tahap tidak sihat mencetuskan kebimbangan kesihatan.
- Jabatan Belia dan Sukan Melaka menangguhkan acara selaras nasihat Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Penangguhan ke tarikh baharu akan dimaklumkan; maklumat lanjut melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Ia susulan peningkatan Indeks Pencemar Udara (IPU) ke tahap tidak sihat di negeri itu.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat selaras dengan nasihat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Penangguhan program yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka itu ditangguhkan ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.