Pendapatan sektor koperasi disasar cecah RM100 Bilion tahun ini

Foto RTM

MELAKA, 9 Oktober -Pendapatan sektor koperasi negara dijangka mencecah RM100 bilion tahun ini, berbanding RM81.6 bilion yang direkodkan pada 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • SKM laporkan perkembangan positif sektor koperasi melibatkan 16,468 koperasi beroperasi di seluruh negara.
  • Penekanan terhadap agenda keterjaminan makanan sebagai fokus utama dalam gerakan koperasi.
  • Memperluas pendigitalan dan penggunaan kecerdasan buatan untuk meningkatkan kecekapan operasi koperasi.
  • Profil Koperasi 2025: saham dan yuran RM18 bilion, aset RM181 bilion; Buku Profil Melaka 2026 lancar 35 koperasi terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Mohd Marzuki Yasoa berkata, unjuran itu berdasarkan perkembangan positif sektor koperasi negara yang merangkumi 16,468 koperasi.

Beberapa penekanan diberikan, khususnya terhadap agenda keterjaminan makanan, selain memperluas pendigitalan serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi mencapai sasaran berkenaan.

“Berdasarkan Profil Koperasi 2025, sebanyak 16,468 koperasi beroperasi di seluruh negara, dengan jumlah saham dan yuran sebanyak RM18 bilion serta aset berjumlah RM181 bilion.

“Sektor koperasi turut merekodkan pendapatan sebanyak RM81.6 bilion pada 2025 dan dijangka mencapai RM100 bilion tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Gerakan
Koperasi 2026 Peringkat Negeri Melaka yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, di Bandaraya Melaka.

Terdahulu pada majlis itu turut berlangsung pelancaran Buku Profil Gerakan
Koperasi Negeri Melaka Tahun 2026 yang menyaksikan profil 35 buah koperasi
terbaik Melaka.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.