Penjawat awam Wilayah Persekutuan nikmati cuti gantian pada 2 Februari

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 8 Januari– Pegawai perkhidmatan awam yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menikmati satu hari kelepasan am gantian pada Isnin, 2 Februari 2026, bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Cuti gantian ditetapkan pada Isnin, 2 Februari 2026 bagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam.
  • Penetapan mengikut Seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) bila cuti umum jatuh pada hari mingguan.
  • Pegawai di Kuala Lumpur dan Putrajaya menerima hanya satu hari cuti gantian walaupun dua sambutan pada tarikh sama.
  • Pegawai di Labuan turut menikmati cuti gantian pada tarikh yang sama; peraturan pekerja swasta tidak terpakai.

Kedua-dua sambutan tersebut, masing-masing jatuh pada Ahad, 1 Februari 2026.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), penetapan cuti gantian itu selaras dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369].

” Penetapan ini adalah selaras dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] yang memperuntukkan bahawa sekiranya mana-mana Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan, maka hari berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am,” kata kenyataan itu.

Bagi pegawai perkhidmatan awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, walaupun kedua-dua sambutan jatuh pada tarikh yang sama, pegawai hanya akan menikmati satu hari kelepasan am gantian iaitu pada 2 Februari 2026.

Sementara itu, pegawai perkhidmatan awam di Wilayah Persekutuan Labuan turut menikmati cuti gantian Hari Wilayah Persekutuan juga pada tarikh sama.

“Sehubungan itu, penetapan cuti gantian seperti yang dinyatakan dalam siaran media Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia berkaitan pekerja sektor swasta yang dikeluarkan pada Disember 2025, tidak terpakai kepada pegawai perkhidmatan awam,” tambah kenyataan itu.