fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Johor terus berkurangan

SEGAMAT, 11 Januari - Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor terus berkurangan.

Setakat pukul 10 pagi tadi, 2,255 orang daripada 641 keluarga ditempatkan di 35 pusat pemindahan sementara (PPS),

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, di daerah Segamat yang terjejas teruk sebelum ini, masih menempatkan 734 mangsa daripada 199 keluarga di 15 PPS .

Selain Segamat, tiga daerah lagi iaitu di Tangkak, Muar dan Batu Pahat turut mencatat penurunan.

Empat jalan masih ditutup bagi semua jenis kenderaan membabitkan Jalan Pogoh, Segamat; Jalan Felda Bukit Aping (Jalan Kemuning 1), Kota Tinggi; Jalan Tekam-Pogoh, Muar dan Jalan Muar-Labis, Muar.

Sementara itu, laporan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor menunjukkan aras air sungai di kawasan terjejas menunjukkan trend penurunan namun ada sebahagiannya masih berada di paras bahaya.

Media Baharu