Sidang kemuncak EU fokus keanggotaan Ukraine

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy bersalaman dengan Presiden Majlis Eropah, António Costa dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen / REUTERS

BRUSSELS, 17 Jun– Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) akan mengadakan sidang kemuncak selama dua hari di Brussels bermula Khamis dengan fokus utama terhadap proses keanggotaan Ukraine dalam blok berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden Volodymyr Zelenskyy dijadual menyertai perbincangan pemimpin blok itu.
  • Ukraine dan Moldova memulakan rundingan awal ke arah keanggotaan EU.
  • Perkembangan itu dilihat sebagai langkah penting dalam proses keanggotaan kedua-dua negara.
  • G7 menegaskan sokongan terhadap kedaulatan Ukraine dan bersetuju meningkatkan tekanan serta sekatan terhadap Rusia.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dijadual menyertai perbincangan ketika Ukraine dan Moldova baru-baru ini membuka rundingan awal bagi menyertai EU.

Perkembangan itu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha kedua-dua negara untuk menjadi anggota penuh Kesatuan Eropah.

Dalam perkembangan berkaitan, pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) menegaskan sokongan berterusan terhadap Ukraine.

Mereka turut menyokong kedaulatan serta integriti wilayah negara itu selain bersetuju meningkatkan tekanan terhadap Rusia menerusi sekatan tambahan. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.