
SEOUL, 17 Jun– Korea Selatan akan melonggarkan kawalan awam di beberapa kawasan berhampiran sempadan Korea Utara.
- Kawasan kawalan awam diselaraskan purata enam kilometer, menurut Menteri Pertahanan Ahn Gyu-back.
- Perubahan dijangka mengurangkan keluasan zon yang memerlukan kebenaran tentera untuk dimasuki.
- Keputusan dibuat susulan peningkatan kesiapsiagaan pertahanan dan permintaan penduduk setempat.
- Kementerian juga memudahkan penggunaan dron untuk pertanian; kerajaan ambil langkah meredakan ketegangan tetapi Pyongyang masih tegas.
Langkah itu membolehkan lebih banyak kawasan dibuka kepada penduduk setempat selepas sekian lama tertakluk kepada sekatan ketenteraan.
Menteri Pertahanan, Ahn Gyu-back berkata, kawasan kawalan awam akan diselaraskan sejauh purata enam kilometer.
Perubahan itu dijangka mengurangkan keluasan zon yang memerlukan kebenaran tentera untuk dimasuki.
“Peraturan kemudahan ketenteraan yang diperkenalkan sebelum ini sesuai dengan keadaan ketika itu.
Bagaimanapun, pendekatan baharu diperlukan bagi memenuhi keperluan semasa,” katanya.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat susulan peningkatan tahap kesiapsiagaan pertahanan serta permintaan berterusan daripada penduduk di kawasan berkenaan.
Kementerian Pertahanan turut mengumumkan beberapa kelonggaran lain termasuk memudahkan penggunaan dron bagi tujuan pertanian berhampiran sempadan.
Kerajaan Presiden, Lee Jae Myung sebelum ini mengambil beberapa langkah bagi meredakan ketegangan dengan Korea Utara.
Namun, Pyongyang masih mengekalkan pendirian tegas terhadap jirannya itu. -REUTERS