Kesatuan pekerja, petani Bolivia ancam perluas sekatan jalan raya

Ribuan peserta menyertai protes di Bolivia / REUTERS

LA PAZ, 17 Jun– Kesatuan pekerja dan petani di Bolivia mengancam untuk meluaskan sekatan jalan raya di seluruh negara ketika tekanan terhadap kerajaan Presiden Rodrigo Paz semakin memuncak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gangguan dan sekatan telah berlanjutan selama 47 hari, menjejaskan pelbagai kawasan negara.
  • Wakil Kesatuan Petani Tupac Katari, Jose Luis Mamani, berkata gerakan akan diteruskan sehingga tuntutan dipenuhi.
  • Kongres Buruh Bolivia (COB) menyerahkan kata dua kepada kerajaan bersama cadangan pemulihan bagi mengembalikan keadaan.
  • Presiden Rodrigo Paz mendakwa sebahagian kumpulan mempunyai agenda politik dan menggesa tuntutan sah tidak dipengaruhi mereka.

Tindakan itu diumumkan selepas 47 hari gangguan dan sekatan yang menjejaskan pelbagai kawasan di negara berkenaan.

Wakil Kesatuan Petani Tupac Katari, Jose Luis Mamani berkata, gerakan tersebut akan diteruskan sehingga tuntutan mereka dipenuhi.

“Kami tidak akan berhenti. Sekatan jalan raya akan diperluas dan gerakan ini akan diteruskan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Kongres Buruh Bolivia (COB) menyerahkan kata dua kepada kerajaan pusat bersama cadangan bagi memulihkan keadaan negara.

Presiden Rodrigo Paz pula mendakwa, sebahagian kumpulan yang terlibat tidak lagi memperjuangkan isu sosial, sebaliknya mempunyai agenda politik.

Beliau turut menggesa pihak yang mempunyai tuntutan sah supaya tidak terpengaruh dengan kumpulan berkenaan. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.