
ROME, 17 Jun– Sekumpulan keluarga di Itali memfailkan saman terhadap TikTok dan Meta, berhubung dakwaan platform berkenaan gagal melindungi pengguna bawah umur daripada risiko dalam talian.
- Keluarga di Itali memfailkan saman terhadap TikTok dan Meta atas dakwaan gagal melindungi pengguna bawah umur dalam talian.
- Pertubuhan ibu bapa MOIGE menyokong tindakan itu, menuntut kawalan umur lebih ketat dan perlindungan berkesan untuk kanak-kanak serta remaja.
- Kes ini antara tindakan undang-undang pertama di Itali yang mencabar peranan algoritma media sosial terhadap kesejahteraan kanak-kanak dan remaja.
Tindakan itu disokong pertubuhan ibu bapa MOIGE yang menuntut kawalan umur lebih ketat serta perlindungan lebih berkesan terhadap kanak-kanak dan remaja.
Antara plaintif ialah Irene Roggero Ugues yang mendakwa anak perempuannya berusia 12 tahun terdedah kepada kandungan berkaitan kecederaan diri sebelum meninggal dunia pada 2024.
Menurut Irene, kandungan yang dicadangkan algoritma media sosial didakwa mendorong emosi negatif anaknya.
“Jika tiada algoritma itu, mungkin kami mempunyai lebih banyak masa untuk memahami apa yang sedang dilaluinya,” katanya.
Seorang lagi plaintif, Valentina Muraglie berkata media sosial tidak semestinya perlu diharamkan kepada golongan muda.
Bagaimanapun, namun platform berkenaan perlu direka dengan mengambil kira keselamatan mereka.
Meta dan TikTok bagaimanapun menafikan platform masing-masing membahayakan pengguna muda.
Menurut kedua-dua syarikat itu, pelbagai langkah keselamatan telah diperkenalkan.
Antaranya, menapis kandungan berisiko, mengehadkan pendedahan kepada bahan berbahaya serta menyediakan kawalan ibu bapa.
Kes berkenaan antara tindakan undang-undang pertama di Itali yang secara langsung mencabar peranan algoritma media sosial terhadap kesejahteraan kanak-kanak dan remaja. -REUTERS